Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besout adalah satu - satunya sekolah menengah yang ada di gugusan Besout. Ianya terletak di Felda Gunung Besout 1. Sebelum ini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Besout. Sekolah ini adalah sebuah sekolah kategori A walaupun ia berada di luar bandar.
Pembinaan sekolah menengah ini adalah bagi menjamin bahawa masyakat felda di sini tidak di sisihkan dalam usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat berilmu. Sekolah ini telah walaupun terletak di kawasan kampung yang terpencil dan pendalaman akan tetapi prestasinya agak membangggakan berbanding sekolah - sekolah pendalaman yang lain. Selain itu sekolah ini juga mempunyai kemudahan prasarana yang baik seperti mempunyai makmal komputer, makmal sains, surau dan sebagainya.
Pengetua
Tuan Haji Razali bin Ismail
Penolong kanan
1. Zamili bib Moktar
2. Ustaz Habib bin Mahfuz (HEM)
Penyelia Petang
Pn. Saisatul Nisa Sahariah