Gerakan Persatuan Wanita Atau pun lebih dikenali sebagai GPW adalah satu - satu persatuan wanita yang paling aktif dan di angotai oleh kesemua penarokawati di sini. Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penarokawati juga terlibat dalam pembangunan Besout dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan bumi Besout ini.
GPW menganjurkan pelbagai aktiviti untuk ahli - ahlinya. Di antara aktivitinya ialah seperti berikut :-
i. kelas agama Selasa Dewan Kemas
ii. senaman areobik Rabu Dewan GPW
ii. kelas agama (tajwid) Jumaat Masjid
iii kelas berzanji Sabtu Dewan GPW
iv gotong - royong (sebulan sekali)
Selain dari itu GPW juga ada manjalankan perniagaan seperti menjual kerepek pisang, membuat kuih dan sebagainya dalam mendapat sumber kewangan bagi menjalankan aktivitinya. Mereka tidak bergantung kepada yuran bulanan yang dikutip sahaja malahan mencari jalan lain bagi mendapatkan sumber kewangan dalam melaksanakan program yang di rancang mereka.
Pengerusi
Pn Rahmah bt Ahmad Nordin
Naib Pengerusi/ Bendahari
Inon bt Hussin
Setiausaha
Fatimah bt Nordin
Naib setiausaha
Hamidah bt Hj Hussin