FELDA

 

 

Felda Gunung Besout 1 ialah rancangan felda Besout yang mula - mula sekali ditubuhkan. Ia mula di tubuhkan pada tahun 1981. Sebagai mana tanah rancangn Felda yang lain Felda Gunung Besout 1 telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan sejak ia di tubuhkan pada tahun 1981.

 

Bagi membentuk semangat kental kepada penaroka generasi pertama dan ke dua  Felda Gunung Besout 1 pihak Felda telah melatih mereka pada peringkat BCP (bakal calon penaroka). Proses ini hanya dialami oleh mereka yang awal sahaja di sini selepas itu tiada lagi program BCP ini.

 

Perubahan yang dialami di Felda Gunung Besout 1 ini adalah sejajar dengan kemajuan yang dialami oleh negara ini. Pada pemulaannya tiada sebarang kemudahan asas seperti air, elektirk dan sebagainya akan tetapi sekarang ini semua kemudahan asas telah di sediakan oleh pihak yang berkenaan untuk kesenangan dan kesejahteraan penduduk.

 

Setelah lebih 20 tahun di tubuhkan kini Felda Gunung Besout 1 telah maju biarpun ianya terletak di kawasan yang terpencil iaitu 25 km dari jalan besar Ipoh - Kuala Lumpur. Walaupun telah menerima arus pembangunan, masyarakatnya masih mengamalkan budaya tradisional seperti gotong - royong dan sebagainya. Budaya ini jelas dapat dilihat terutama apabila ada majlis kenduri dan kematian.

 

Pada masa ini Felda Gunung Besout 1 telah ditakbir oleh En. Aliman bin Hj Ahmad selaku pungurus Felda Gunung Besout 1.